Saturday, November 27, 2010

Mee Wantan.....

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?

Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????

Pak Cik Drebar Teksi

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla.... =_="

Bulan Madu

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Aku tak faham sngt yg ni.....hehehe
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Aku tak faham sngt yg ni.....hehehe

Pengalaman Yang Paling Ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. 

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. 

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan mem'fire' pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformers. 

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. 

Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam Bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan di ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Johan Tak Da Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Suatu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang di senarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. 

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". 

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". 

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. 

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. 

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" 

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. 

"Bagaimana awak tahu?" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?".

Johan pun tensen... Last-last tak jadi ambik pekerja baru. Tamat.

Kuat

Adam adalah pekerja pejabat pos (kerani je)
Adam terjumpa la satu orang amma (perempuan India tua)

Mari kita dengar perbualan mereka...

Adam : hallo amma, amma baru kerja sini ka ??
Amma : ya.. mau cari makan untuk kasi budak-budak juga ..
Adam : ooo.. amma naik apa datang sini aa ??
Amma : amma angkat bas mari sini kerja .. 
Adam : ooo.. (sambil gelak sikit-sikit) suami amma kerja apa ??
Amma : suami ka ?? suami kerja kilang ..
Adam : ooo .. suami amma pi kerja dengan apa ??
Amma : suami pulak angkat motor pigi kerja ..
Adam : ooo .. kira, amma lagi kuat dari suami amma laa ..
ssya banyak takut laa .. 
Amma : (dalam hati) cilaka .. orang kata betol-betol .. dia main-main pulak ..

Biol

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke supermarket beli barang-barang dapur. Jadi pi lah si suami ni beli semua barang-barang tadi. 

Bila balik rumah, isteri tadi ambil beg-beg plastik bawa keluar semua barang untuk di simpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis .. FREE... 
Isteri tanya suami dia mana benda yg FREE ni? Kenapa tak ambil. Suami kata la lupa nak mintak benda tu tadi. Isteri pun suruh suami pi 
balik ke supermarket claim benda FREE tu.

Suami pun pi lah bawa tin planta tadi jumpa salesgirl nak claim benda FREE. Bertengkar lah suami tadi ngan salesgirl tadi. Salesgirl tu kata benda free tu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak dak punya. Dia mintak jugak dari salesgirl benda FREE tu. 

Supervisor lalu kat situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila 
supervisor tanya apasai dia pulak kena marah dengan suami tadi. Suami tadi mintak jugak benda FREE dari supervisor tadi. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis... 
FREE tu... Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tu ...... 
ada la tertulis .... dalam bahasa Inggeris .....supervisor tu baca.



.......CHOLESTEROL FREE..........!!!!! 

Kek Harijadi Untuk Isteri

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Darah Dibayar Dngan Darah....

Kekasih eksiden teruk, banyak hilang darah... di sebabkan terlampau CINTA...,SI BOYPREN pon menderma darah....

selepas satu tahun, kekasihnya CURANG dan putuskan hubungan....

SI BOYPREN BERKATA tak kenang budi..!!! bagi balik darah yang aku derma dulu!!

KEKASIHNYA yang sedang datang bulan membaling 'kotex'nya ke arah boyprennya dan berkata.....

NAH..!!! AKU BAYAR ANSUR2 TIAP2 BULAN........ 

Ank Kerbau ngan Ank Babi....

Diceritakan di dalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis
binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan...

Babi : Isk, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar
hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau.
Kerbau : Hm, ok gak. First kau lukis muka aku dulu pastu aku plak lukis muka kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian......

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muka kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..
5 minit kemudian...

Kerbau : Nah dah siap muka kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah) (lalu marah kat anak kerbau) Ape yang kau! lukis nie kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu. (Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..

P/s: kite mesti sedar diri kite nie..jgn asyik duk lupa akan diri kita
nie...

Outstation

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama
seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Hahahaha... .penat aku nak tulih lagi nie....

Pengemis Gila....

Pengemis :Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!! 

Jam Bercakap...

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

moral : jangan ganggu orang nak tido ahh

Thursday, November 25, 2010

Kenduri kawen

ada la suatu hari tu..aku pi..kenuri kahwen sorang membe..membe sekolah teknik zaman purbakala dulu..dia ni dulu kat sekolah mat bunga..p sekolah pakai kopiah..siap jadi ketua kelas lagi..mana pulun pon..tapi aku respek dia sebab sanggup tinggal awek paling hot di sekolah teknik semata mata nak jadi setan direjam macam kami..haishh..nak kata bengap.hang dah menikah..aku segan nak mengata..kesian..tapi zaman tu mana reti nak geli geli lagi..yang tau nak curi nasi kat kantin,isap rokok dalam toilet,buat buat saket time maghrib,lap kelas serta gelak kat orang ja.amboi..pasepa banyak sangat aku letak contoh..nak bagitau aku hebat la tuu.tak juga..kami biasa biasa ja..tapi yang penting..kami suka beli coklat hudson.errr..siap buat koleksi kaler2 lagi..kalau ada sapa beli coklet eclair(btoi ka eja camni?) time rehat..memang naharam tu golongan bangsawan la..atau malam tadi selongkar loker sapa pon tatau takpun kencing makpak kata cikgu minta duit nak beli reben reben gantung dalam kelas..kaya pelik ja..ada bela bela ni..haishhh..kenangan..tapi bukan yang tu aku nak cerita kan disini ya..


cerita nya bermula camni..time si pulan bin pulan ni kawen..ramai la yang turun..yang tak jumpa berkurun pon tiba tiba ada..bila dah jumpa tatau nak nyembang pa.almaklumlah lama tak duk lepak sekali..time duk lepak tun tanya kerja pa duk mana berapa banyak dosa dah buat tu..tiba tiba ada sepuak jakun tanah ni lalu..mai makan kenuri gak..dalam 5/6 ekor kot tak salah aku..rambut kaler maler..merah sekerat..puteh sekerat..dengan buat mohawk nya..dressing memang artis habeh la..atas bawah barang siam!perghhh.mana nak cari geng camni.ngan kasut paul smith nya..baju topman yang ala ala gay kampung tu.gaya nak ke arah artis indie..puiii…bawa lak belen 3/ 4 orang..mana ranggi pon..laluuu..muka ketat terok la geng ni..adesss..semua orang jadi kaku sebentar..hairan..kami semua saling berpandangan..iras muka sorang sorang aku tau..dalam hati duk nyumpah..walaupun bertahun tak jumpa..aku leh rasa lagi perangai setan tuu..nak gelak pon ada..nak p tanya dari mana pon ada..tunggu point nak ngata ja..pelik sungguh gaya mereka.cara bercakap pon ala ala paria mabuk.dengan kuatnya..alaaa..yang macam dialog filem2 melayu remaja sekarang ni.rempit la kl drift la bohsia la…guna gua lu dow bai derr broo..shitt!!timbul juga beberapa persoalan dalam diri aku dan rerakan..


ni rumah kenuri kahwen ka anugerah binatang popular?
atau kami yang tak pernah tengok najis hidup camni ka?
maseh wujud kaum primitif bukit camni ka?
kami ni perak buih ka?kolot ka??kampung hulu sangat ka kami ni?
benda ni biasa ja..fesyen..tapi kenapa kami rasa macam tak biasa..tak sesuai..
mata dan pikiran kami ni kotor sangat ka?atau terpaksa kotor sebab tertengok kekotoran..


huuu..tatau la..kami yang jahat rasanya..kami yang tak up to date..kami yang lekeh..bodo dan bangang..tapi nak tau tak rumah membe aku tu katna?kat kawasan sawah padi di satu daerah kat kedah..memang kampung la..rumahnya sebijik sebijik.jauh jauh.nak masuk umah dia pon kena parking jauh pastu jalan kaki..kereta takleh masuk..makcik2 kat kawasan umah kenuri semua sembang pasal ikan puyu,musim rambutan,pucuk ulam.dia ni kawen dengan kawan tu..kawan tu kawen dengan kawan ni.sembang pasal nak tukar atap rumah.ada orang mengajar mengaji kat surau.tu jaaa..mana amik tau pon pasal dunia keartisan ni…aku rasa..kalau nak p kenuri kahwen kat kawasan camtu..pakai biasa biasa sudah la..haishhhh

User yg bangang

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat: 

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?
User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.
Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?
User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
Microsoft: Hilang?
User: Ya, ia hilang.
Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?
User: Kosong, tak ada apa-apa.
Microsoft: Tak ada apa-apa?
User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.
Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?
User: Macam mana saya nak tau?”
Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?
User: Apa tu si-perom?
Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?
User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.
Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?
User: Monitor tu apa?
Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?
User: Saya tak tahu.
Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?
User: Rasa-rasanya.
Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.
User: Yaa, terpasang.
Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?
User: Iya ke?.
Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.
User: Okay, jumpa dah.
Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.
User: Alamak tak sampai laa.
Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?
User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.
Microsoft: Gelap?
User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.
Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh? Kenapa?
User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.
Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?
User: Ada… saya simpan kat dalam almari.
Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.
User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?
Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.
User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?
Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.